Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penyertaan wanita dalam pembangunan ekonomi dikukuhkan

2:07pm 02/12/2015 Ann Vivien 16 views Politik,Tempatan
Rahmahjan ( depan dua dari kanan ) semasa menyaksikan pameran pada program itu.

Rahmahjan ( depan dua dari kanan ) semasa menyaksikan pameran pada program itu.

TENOM: Pelbagai usaha kerajaan terus dilaksana untuk mengukuhkan lagi kedudukan dan penyertaan kaum wanita dalam pembangunan ekonomi negara.

Ketua Wanita Umno Bahagian Tenom Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan berkata, dalam proses melahirkan usahawan wanita bukanlah suatu perkara yang mudah.

Ini katanya, kerana sebahagian daripada wanita hari ini masih sukar untuk menerapkan budaya keusahawanan dalam kehidupan harian mereka.

“Kita sedia maklum bahawa matlamat membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera di bawah DEB masih belum berjaya dicapai sepenuhnya” katanya semasa berucap merasmikan Program Keusahawanan anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga  (MPWK)  Tenom  di Dewan Sri Antenom di sini pada Rabu.

Maka, di sinilah katanya,  letaknya peranan  MPWK untuk merintis peluang dan ruang kepada golongan wanita kita, untuk bersama-sama dalam menjayakan matlamat tersebut. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan