Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penyertaan sugandoi peringkat Bandaraya Kota Kinabalu dibuka

8:10pm 04/05/2016 Leolerry Lajius 98 views Tempatan

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu memaklumkan bahawa Pertandingan Sugandoi Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu 2016 kini dibuka untuk penyertaan.

Pertandingan nyanyian ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dari suku kaum Kadazan Dusun dan Murut yang berumur 18 tahun dan ke atas. Peserta yang pernah menjuarai Sugandoi Peringkat Negeri atau Sugandoi Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu adalah tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.

Peringkat saringan akan diadakan pada 05 dan 06 Mei 2016 (Khamis & Jumaat), jam 6.30 petang hingga 10.00 malam di Dewan Mesyuarat, tingkat 1, DBKK, di mana peserta ‘walk-in’ juga adalah dibenarkan.

Seramai 30 orang  peserta akan dipilih untuk ke pusingan suku akhir yang akan diadakan di Oceanus Waterfront Mall pada 08 Mei  2016 (Ahad), jam 10.00 pagi hingga 01.00 petang dan seterusnya, 15 orang peserta akan dipilih ke pusingan separuh akhir yang akan dijalankan pada jam 02.00 petang hingga 06.00 petang di tempat dan hari yang sama.
 
Lima orang finalis akan dipilih ke pusingan akhir pada 13 Mei 2016 (Jumaat), jam 6.30 petang hingga 10.30 malam di Padang Merdeka, Kota Kinabalu. Johan dan naib johan akan mewakili DUN Api-Api dan Likas  ke peringkat negeri.

Pertandingan ini menawarkan hadiah menarik iaitu johan, naib johan dan tempat ketiga akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM2,500, RM2,000 dan RM1,500 masing-masing, berserta piala dan sijil penyertaan. Manakala tempat keempat dan kelima akan memperolehi hadiah wang tunai RM500 masing-masing dan sijil penyertaan.

Kepada mereka yang berminat, borang boleh diperolehi di Jabatan Hal Ehwal Korporat, tingkat 1, Bangunan DBKK. Untuk mengetahui syarat-syarat pertandingan dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Benedick , En.Emmanuel, En. Marsuadi  atau Cik Donna  di talian 088-521800/ 521763./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan