Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyertaan Larian Amal 7K Sutera Harbour kini dibuka

Gerald (barisan belakang, tiga dari kiri) merakam gambar kenangan bersama pihak penganjur larian 7K
Gerald (barisan belakang, tiga dari kiri) merakam gambar kenangan bersama pihak penganjur larian 7K
KOTA KINABALU- Orang ramai dijemput untuk menyertai Program Larian Amal 7K anjuran Sutera Harbour yang akan diadakan pada 20 Ogos tahun ini di gelanggang Tenis, Sutera Harbour Marina &Country Club.
Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif Sutera Harbour Resort mengalu- alukan lebih banyak penyertaan daripada orang ramai untuk memeriahkan lagi program berkenaan.
Katanya, program berkenaan bertujuan untuk mengumpulkan dana kepada mereka yang memerlukan.
“Dana yang dikutip melalui Program Larian Amal 7K Sutera Harbour akan disalurkan kepada dua buah institusi iaitu Persatuan Thalassaemia Sabah dan Olimpik Istimewa Sabah,”katanya kepada pemberita dalam satu sidang media Program Larian Amal 7K Sutera Harbour, disini, hari ini.
Hadir sama, Presiden Persatuan Thalassaemia Sabah, Francis Mujim dan Presiden Olimpik Istimewa Sabah, Datuk Haji Safari Manan
Terdahulu, sejumlah RM 202,016.95 telah disumbangkan kepada Olimpik Istimewa Sabah, manakala Persatuan Thalassaemia Sabah meneima sumbangan sebanyak RM 101,008.48 melalui program berkenaan.
Mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri di lobi Sutera Harbour Marina &Country Club atau booth 7K di Pusat Beli Belah Suria Sabah pada setiap hari sabtu dan ahad, dari jam 11 pagi hingga 6 petang.
Yuran pendaftaran bagi dewasa adalah RM 40.00 manakala yuran bagi kanak-kanak dan pelajar adalah RM 30.00.
Selain itu, orang ramai turut boleh membuat pendaftaran secara berkumpulan dengan bilangan minimum 20 orang setiap kumpulan dan yuran dikenakan adalah RM 35.00 setiap seorang.
Antara Organisasi yang terlibat memberi sumbangan dalam larian amal itu termasuklah Sport Toto, Sound Tech Production, Suria Sabah, 100 plus serta Astro Radio Sabah.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cornelia Tahing di talian 088-303473 atau melayari laman sosial Facebook Sutera Harbour iaitu facebook.com/suteraharbour. Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan