Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyertaan cipta lagu Murut dibuka sehingga 12 Ogos

Henry Pagal - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Henry Pagal – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

TENOM – Penyertaan masih dibuka bagi mereka yang berminat mengikuti pertandingan mencipta lagu Murut sempena sambutan Pesta Kalimaran peringkat daerah Kemabong pada 12 Ogos ini.

Setiausaha penganjur, Hendry Pangal berkata, dengan syarat peserta itu adalah mereka yang menetap di daerah ini dan Sipitang serta lagu yang dihasilkan mestilah baharu dan liriknya berkaitan dengan Pesta Kalimaran tanpa dicampur aduk dengan bahasa lain.

“Semua penyertaan adalah percuma dan para peserta disarankan menggunakan cakera ‘minus one’ sendiri yang telah siap dengan muziknya selepas ia dirakamkan oleh studio rakaman pilihan sendiri kerana minus one itu merupakan hak dan tanggung jawab peserta itu sendiri,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurutnya, juara akan menerima RM700 dan sijil, naib juara RM500 dan sijil, tempat ketiga RM400 dan sijil manakala sagu hati daripada tempat keempat hingga kesepuluh akan menerima RM200 dan sijil.

Selain itu, Hendry menegaskan bahawa kesemua borang penyertaan hendaklah sampai ke meja penganjur sebelum tarikh tutup pada 10 Ogos pada pukul dua petang. Keterangan lanjut sila hubungi Jaideh Andayol pada talian 014 8832669 dan Hendry Pangal 010-5185337. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan