Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyertaan Cabaran Kembara Kiulu dilanjutkan sehingga 4 Disember

JONISTON (lapan dari kanan) bersama jawatankuasa penganjur bergambar mempromosikan program Cabaran Kembara Kiulu Ke-2.
JONISTON (lapan dari kanan) bersama jawatankuasa penganjur bergambar mempromosikan program Cabaran Kembara Kiulu Ke-2.

KOTA KINABALU- Penyertaan Program Cabaran Kembara Kiulu Ke-2 dilanjutkan hingga 4 Disember ini, kata Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Menurutnya, pendaftaran tersebut dilanjutkan bagi memberi peluang lebih ramai penyertaan daripada masyarakat.

“Pendaftaran penyertaan dilanjutkan supaya kita mendapat lebih banyak penyertaan bukan sahaja daripada masyarakat tempatan tetapi juga dari Semenanjung, Sarawak serta negara luar.

“Sehingga kini kita telah menerima lebih 300 penyertaan dan dijangka penyertaan akan terus bertambah memandangkan kita mendapat kerjasama daripada Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang mempromosikan acara ini di dalam dan luar negara,” katanya.

Joniston turut menambah, objektif utama penganjuran program tersebut adalah untuk memperkenalkan Kiulu sebagai destinasi Eco-Pelancongan Lasak dan juga menjadikan program berkenaan sebagai salah satu aktiviti kekeluargaan.

“Seperti tahun lepas, terdapat tiga acara dipertandingkan iaitu berlari (15 km), berbasikal (30km) dan acara berkumpulan yang merangkumi kedua-dua acara tersebut termasuk acara berakit (7km)  di tapak Perkhemahan Riverbug, Kampung Ranggalau Kiulu.

“Masih mengekalkan Kategori Lelaki dan Wanita Terbuka, Lelaki dan Wanita Veteran dan satu kelainan pada tahun ini adalah dengan menambah kategori baharu iaitu Kategori Remaja Lelaki dan Perempuan berusia 13 hingga 18 tahun,” ujarnya pada sidang media di sini, pada Khamis.

Penganjuran program kali kedua itu merupakan kesinambungan kepada program sama yang dianjurkan pada 2015 yang mendapat sambutan menggalakkan dengan lebih 500 penyertaan dalam dan luar negara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sosial Facebook Kiulu Adventure Challenge 2016 atau menghubungi urus setia, Sulisa di talian 088-260 771 atau 019-851 5431.- Penerangan

Komen


Berita Berkaitan