Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyertaan ahli baru mengukuhkan UMNO

ahya (lima dari kanan) menerima cenderamata daripada Haji Ibrahim di majlis itu.
Yahya (lima dari kanan) menerima cenderamata daripada Haji Ibrahim di majlis itu.

PUTATAN: Pertambahan ahli-ahli baru dalam UMNO akan menjadikan parti itu bertambah kuat dan mantap dalam menunjangan Kerajaan Pusat dan Negeri, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Katanya, dengan penyertaan ahli-ahli baru yang menjadi pengundi berdaftar akan menguatkan lagi UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Setiap UMNO Bahagian di negeri ini termasuk peringkat sayap wanita, pemuda, puteri perlu menggiatkan gerakan menambah ahli dan mendaftarkan ahli sebagai pengundi.”

“Kita meletakkan sasaran seberapa ramai ahli baru yang boleh. Lagi ramai lagi bagus”, katanya ketika merasmikan Majlis Suai Kenal Ahli Baru UMNO Bahagian Putatan di Dewan Serbaguna Pasir Putih, dekat sini, semalam.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Haji Arsit Sedi, Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Bahagian Putatan, Datuk Haji Ibrahim OKK Laiman Diki, Ketua Wanita Bahagian, Puan Juliah Palasin, Setiausaha UMNO Bahagian, Encik Ishar Ramli, Ketua Penerangan, Haji Othman Hamid dan ketua-ketua cawangan parti.

Yahya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah berharap lebih ramai lepasan institusi pengajian tinggi umum,  dan swasta, generasi muda akan menyertai UMNO.

“UMNO adalah tulang belakang kerajaan yang memerintah.  Justeru generasi muda perlu memilih UMNO sebagai wadah perjuangan mereka”tegasnya.

Yahya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan juga mahu ahli-ahli UMNO terutama yang baru menyertai parti itu terus taat dan setia kepada perjuangan UMNO dalam membela nasib dan masa depan rumpun Melayu di negeri ini.

Sementara Haji Ibrahim berkata, bironya berjaya menarik penyertaan seramai 426 ahli baru pada tahun lalu dan sekitar 50 ahli baru didaftarkan pada program hari ini.

Katanya, ahli-ahli parti terutama yang baru perlu ingat bahawa menyertai UMNO bukan kerana mahukan habuan atau projek sebaliknya kerana wadah perjuangannya dalam membela masyarakat Islam dan rumpun Melayu di Sabah.

“Biro Keahlian dan Daftar Pemilih akan terus menggiatkan aktiviti mengesan dan mencari ahli-ahli baru untuk menyertai UMNO di kawasan yang belum kita jangkaui”, tegasnya.-Sayangsabah.

Komen


Berita Berkaitan