Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyerang kerat tangan sebelum bawa lari

tangan

Patna (INDIA): Beberapa penyerang memotong tangan kiri seorang lelaki dan kemudian melarikan tangan mangsa yang dituduh menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis tempatan.

Ini kes kedua dalam tempoh dua minggu membabitkan penjenayah mengerat anggota tubuh penduduk kampung.

Peristiwa berlaku di kampung Mohanpur di daerah Samastipur, kira-kira 85 kilometer ke utara Patna, Jumaat lalu

Polis masih belum berjaya menangkap penjenayah terbabit atau menemui semula tangan itu.

Menurut polis, Santosh Kumar Giri, 25 yang dalam perjalanan pulang ke kampungnya selepas menghadiri satu majlis diserang oleh penjenayah yang menggunakan senjata tajam dan kemudian melarikan diri bersama-sama tangan mangsa sementara mangsa ditinggalkan meraung kesakitan.

Beberapa penduduk kampung yang mendengar rejitan Santosh bergegas ke tempat kejadian dan memaklumkan kepada anggota keluarganya mengenai kejadian itu.

Mangsa dimasukkan ke hospital di Patna dan dilaporkan dalam keadaan kritikal kerana kehilangan darah yang banyak.

“Kami masih menyiasat kes itu,” kata pegawai di balai polis Vidyapatinagar, Sunil Kumar.

Komen


Berita Berkaitan