Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penyepit makanan tercucuk di tekak kanak-kanak

9:40am 15/11/2015 Pak Roshan 500 views Global
PENYEPIT makanan tercucuk di mulut kanak-kanak berkenaan.

PENYEPIT makanan tercucuk di mulut kanak-kanak berkenaan.

Beijing: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terpaksa menahan sakit selama beberapa jam selepas sebatang penyepit makanan tercucuk di tekaknya.

Kejadian di wilayah Hubei itu dipercayai berlaku ketika kanak-kanak itu yang berada di atas alat bantuan berjalan bermain dengan penyepit makanan sebelum terjatuh.

Kanak-kanak malang berkenaan dipercayai menggigit penyepit makanan itu menyebabkan ia tercucuk tekaknya ketika dia jatuh.

Ibu bapa mangsa yang bergegas mendapatkan anak mereka terkejut selepas mendapati mulut kanak-kanak itu berdarah dengan penyepit makanan tercucuk di tekaknya.

Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke sebuah hospital di wilayah Hubei untuk rawatan lanjut.

Doktor pada mulanya terkejut apabila melihat kanak-kanak itu, tetapi mendapati kecederaannya tidak parah.

Kanak-kanak itu menjalani satu pembedahan selama satu jam dan doktor berjaya mengeluarkan penyepit makanan berkenaan.

Doktor berkata, kanak-kanak itu bernasib baik kerana penyepit makanan tidak mengenai saraf dan saluran darah penting.

“Kanak-kanak ini berada dalam keadaan stabil dan mungkin dibenarkan pulang beberapa hari lagi,” katanya.

Ini bukanlah kejadian pertama kanak-kanak terpaksa dirawat di hospital selepas tercucuk penyepit makanan di China.

Awal tahun ini seorang kanak-kanak lelaki menjalani satu pembedahan selama beberapa jam selepas sebatang penyepit makanan tercucuk hingga ke otaknya.

Kanak-kanak berusia setahun itu dilaporkan makan sebelum terjatuh menyebabkan penyepit makanan tercucuk ke dalam lubang hidungnya hingga ke otak. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan