Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

penyemakan data dan penempatan guru mengajar Sabah dilaksanakan bulan Februari

1:27pm 26/11/2015 Dewiana Tinggolongon 1050 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Mutakhir,Tempatan

Datuk Seri Masidi Manjun

KOTA KINABALU- Proses penyemakan data dan tindakan penempatan guru mengajar di Sabah akan dilaksanakan pada bulan Febuari 2016 memandangkan semua data pemohon khususnya bagi opsyen pendidikan dalam program inisiatif 90:10 telah dihantar ke Kementerian Pendidikan Malaysia.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Exco Pendidikan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah dimaklumkan berkenaan proses penyemakan tersebut.
“JPN Sabah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan tiga strategi bagi mencapai sasaran 90 peratus guru asal Sabah mengajar di Sabah dalam tempoh tiga tahun bermula 2016,”katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini (Khamis).
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohamad Alamin (BN-Bongawan)yang ingin tahu mengenai perkembangan terkini sasaran rancangan penempatan 90 peratus guru-guru yang berasal daripada Sabah bagi mengajar di negeri sabah sendiri dalam masa tiga tahun akan datang.
Masidi berkata, bagi mencapai sasaran 90 peratus itu, JPN Sabah telah merangka pelan strategi seperti permohonan guru asal Sabah yang bertuga di Semenanjung, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Strategi ini dilaksanakan dalam sesi pertukaran dwi-tahunan iaitu sesi pertukaran januari dan sesi pertukaran Jun.
“Ketika ini seramai enam puluh lapan orang guru asal Sabah yang bertugas di luar Sabah telah diluluskan permohonan mereka untuk kembali mengajar di negeri sendiri,” ujarnya.
Selain itu, JPN Sabah telah memulakan sasaran ini melalui proses pertukaran guru sesi Januari 2016 yang dibuka pada Sept 2015.
katanya, ketika ini seramai 221 orang guru asal Semenanjung, Sarawak dan W.P Labuan yang memohon keluar dari Sabah telah diluluskan.
Tambahnya, strategi ketiga yang dilakukan ialah melantik graduan IPTA dan IPTS anak jati Sabah untuk diserapkan dalam bidang pendidikan.
Jelasnya, JPN Sabah masih menunggu makluman lanjut daripada bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melantik graduan IPTA dan IPTS anak jati Sabah untuk diserapkan dalam bidang pendidikan.
“Ketiga-tiga strategi ini akan berjalan serentak secara berperingkat-peringkat dalam tiga fasa iaitu bermula 2016,” katanya.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan