Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,804

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penyeludup Aylan Kurdi ke penjara

9:22am 05/03/2016 Pak Roshan 143 views Global
Gambar Aylan Kurdi yang terdampar di pantai Turki, September tahun lalu, selepas lemas bersama ibu dan abangnya berusia empat tahun serta dua lagi penumpang.

Gambar Aylan Kurdi yang terdampar di pantai Turki, September tahun lalu, selepas lemas bersama ibu dan abangnya berusia empat tahun serta dua lagi penumpang.

Istanbul: Mahkamah Turki menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dua bulan terhadap dua rakyat Syria yang terbabit dalam kejadian pelarian Syria mati lemas, termasuk Aylan Kurdi, yang gambar mayatnya terdampar di pantai menjadi perhatian seluruh dunia tahun lalu.

Menurut Dogan News Agensi, mahkamah di bandar Bodrum mendapati Muwafaka Alabash, 36, dan Asem Alfrhad, 35, bersalah terhadap tuduhan menyeludup pendatang tetapi membebaskan mereka daripada tuduhan secara cuai menyebabkan kematian lima orang yang boleh dihukum sehingga 35 tahun penjara.

Gambar mayat Aylan yang berusia tiga tahun terdampar di pantai Turki mencetuskan kemarahan banyak pihak serta membuka mata negara Eropah terhadap seriusnya isu pelarian Syria.

Keluarga budak malang itu melarikan diri ke Eropah September lalu, dengan menyeberang Laut Aegean dari Turki ke Greece dalam bot yang sesak.

Ibu budak itu, Rihana, abangnya Ghaleb, 4, serta dua lagi penumpang mati lemas selepas bot berkenaan karam.

Bapa Aylan, Abdullah Kurdi juga didakwa dalam tragedi itu atas tuduhan bertanggungjawab terhadap kematian mangsa serta memandu bot ketika kejadian. Bagaimanapun, tuduhan terhadap Abdullah yang kini tidak tinggal di Turki, digugurkan. – AFP/HMetro

Polis Turki mengiringi dua rakyat Syria, Muwafaka Alabash (depan) dan Asem Alfrhad selepas didapati terhadap tuduhan menyeludup pendatang. - Foto AP

Polis Turki mengiringi dua rakyat Syria, Muwafaka Alabash (depan) dan Asem Alfrhad selepas didapati terhadap tuduhan menyeludup pendatang. – Foto AP

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan