Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penyelidikan dalam bidang psikologi boleh selesaikan masalah pengambilan dadah

7:28pm 23/09/2016 Leolerry Lajius 49 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan

KOTA KINABALU: Penyelidikan dalam bidang psikologi dilihat mampu menangani masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata, dengan adanya kajian seumpama itu, penelitian secara terperinci terhadap permasalahan itu akan dapat dilakukan dan seterusnya dapat menilai langkah yang mampu mengatasi masalah berkenaan.

“Berdasarkan data yang kita perolehi, individu yang berusia 39 tahun ke bawah merupakan golongan yang tertinggi terbabit dalam kancah penyalahgunaan dadah.”

“Kajian seumpama ini penting sebagai salah satu langkah penyelesaian masalah ini kerana penganggur juga turut terlibat dalam golongan antara yang tertinggi dalam kes ini,”katanya ketika ditemui media sempena Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Pendidikan dan Psikologi yang turut disertai oleh Universitas Borneo Tarakan, Indonesia, di sini, kelmarin.

Jainab turut menzahirkan harapan agar persidangan itu akan menjadi platform pertukaran pandangan dan ilmu pengetahuan ke arah memartabatkan lagi mutu pendidikan.

“Persidangan ini merupakan platform terbaik dalam kalangan pensyarah dan pengkaji untuk saling bertukar-tukar pandangan terutamanya penyelidikan dan pendidikan dalam bidang psikologi,”katanya.

Program berkenaan yang bertemakan Transformasi Kependidikan Dalam Mencorak Generasi Masa Depan dengan membincangkan pelbagai topik berkaitan dengan psikologi yang diadakan sejak kelmarin akan berakhir hari ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan