Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyelia tapak binaan terbunuh

KOTA KINABALU – Seorang penyelia tapak pembinaan terbunuh dalam kemalangan maut yang berlaku di sebuah tapak pembinaan di Jalan Bantayan, di sini pada awal pagi tadi.
Kemalangan yang melibatkan sebuah lori jenis Nissan dan pacuan empat roda Toyota Hilux itu berlaku kira-kira jam 7.30 pagi Rabu.
Mangsa yang maut seorang lelaki berbangsa Cina berumur 64 tahun berasal dari Penampang. Manakala pemandu lori berumur 30 tahun dan berasal dari Tenom itu tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, menurut siasatan awal polis, kejadian ini berlaku ketika lori terbabit baru selesai memunggah pasir di sebuah kawasan tapak pembinaan itu.
“Selepas itu, pemandu kemudian memberhentikan lori berkenaan berhadapan dengan Toyota Hilux yang berhenti di kanan jalan,” katanya.
Menurutnya, pemandu lori itu keluar untuk mendapatkan tandatangan pengesahan daripada seorang lelaki yang berada di dalam pacuan empat roda tersebut.
“Namun, secara tiba-tiba lori berkenaan bergerak sendiri sebelum merempuh Toyota Hilux itu,” katanya lagi.
Beliau berkata, mangsa cuba menyelamatkan diri dengan keluar dari kenderaannya namun gagal mengakibatkan mangsa dirempuh oleh lori terbabit.
Chandra berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Jeselton Medical Centre untuk rawatan kecemasan, tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

- Gambar Hiasan
– Gambar Hiasan

Komen


Berita Berkaitan