Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyelia maut dalam kemalangan

Beginilah keadaan mangsa di tempat kejadian.
Beginilah keadaan mangsa di tempat kejadian.

TENOM – Seorang penyelia di sebuah pusat beli-belah di sini, maut dalam satu kemalangan di Kilometer 6 berdekatan simpang bulat Jalan Kampung Entabuan –Tenom, kira-kira pukul 12.40 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, motosikal yang ditunggangi mangsa bersendirian dari arah Tenom menuju ke Kampung Entabuan terbabas sebaik sahaja tiba di simpang bulatan jalan tersebut lalu melanggar papan tanda dengan kuat sehingga menyebabkannya cedera parah.

Ketua Polis daerah Deputi Superitendan Mohamad Firdaus Abdulah berkata, mangsa dikenali sebagai Nicholas Jelius berumur 23 tahun berasal dari daerah Tambunan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala dan dada.

“Hasil pemeriksaan lanjut polis ke atas motorsikal yang dipandu mangsa didapati pemilik sebenar motorsikal tersebut iaitu Musa Talib berumur 43 tahun berasal dari Kampung Bongawan Papar. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tenom seterusnya diserahkan kepada waris keluarga manakala pemilik motorsikal sebenar telah dipanggil untuk memberi keterangan,” ujarnya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan