Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENYELENGGARAAN SEKOLAH DAIF DI SABAH AKAN IKUT JADUAL: DR YUSOF

Ketibaan Yusof (tengah) disambut oleh Persatuan Belia Nabawan. Gambar SNT/Sitti Nor Azizah Talata

NABAWAN: Kerajaan akan memastikan projek penyelenggaraan sekolah-sekolah daif di Sabah yang dirancang sebelum ini berjalan lancar dan siap mengikut jadual ditetapkan.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Yusof Yacob berkata, kerajaan mahu pembangunan sektor pendidikan untuk seluruh rakyat negeri ini menepati sasaran serta mengelak keciciran pelajar terutama di pedalaman Sabah.

Sehubungan itu, katanya, ke arah mencapai matlamat itu, semua sekolah akan dibina tanpa perkongsian kelas atau bilik darjah selain pelaksanaan persekolahan satu sesi.

“Ini adalah sasaran kerajaan dalam membangun sektor pendidikan untuk seluruh rakyat Sabah yang masih memerlukan pembangunan infrastruktur dan masih daif, termasuk memastikan pelajar miskin di luar bandar dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis kesyukuran sempena lawatan rasmi beliau ke Nabawan, Pensiangan, di pentas terbuka di pejanat Majlis Daerah Nabawan.

Lawatan itu turut disertai Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri, Jenifer Lasimbang dan Mohamad Mohamarin; Pengarah Pelajaran Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul dan Timbalannya, Datuk Dr. Mohd Kassim Ibrahim.

Yusof turut mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah di Pensiangan, Pagalungan dan Sepulot.

Sebelum ini, kerajaan negeri telah mengumumkan projek membina bangunan baharu untuk 120 buah sekolah daif di seluruh negeri ini akan diteruskan menerusi bajet yang diperuntukkan oleh Kementerian Pelajaran dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Projek pembinaan itu akan dilaksanakan secara berperingkat bagi tempoh 2018 hingga 2019 dengan kos sebanyak RM500 juta.

Bagaimanapun katanya, Kementerian akan meminta autonomi kepada kerajaan Pusat untuk menyalurkan peruntukan bagi memudahkan dan mempercepatkan projek pembinaan sekolah-sekolah yang telah dirancang di Sabah. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan