Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penyebar maklumat palsu ditangkap

2:38pm 07/11/2015 Leolerry Lajius 77 views Jenayah,Mutakhir
Gambar palsu yang dimuatnaik oleh saspek

Gambar palsu yang dimuatnaik oleh saspek

KOTA KINABALU: Pemilik akaun Facebook Radzlan Razz telah ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu di Restaurant Kuto Bistro Waterfront semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra, pihak polis juga telah membuat pemeriksaan di bilik sewa suspek yang bekerja sebagai tukang masak itu.

Beberapa barang berkaitan telah dirampas dalam bilik tidak bernombor di Bangunan LCP Trading Sdn Bhd, Sedco Light Industrial Jalan Tuaran Inanam itu.

Kes tersebut disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.- Oleh Leolerry Lajius/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan