Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penyanyi sufi ditembak mati

8:47am 23/06/2016 Pak Roshan 272 views Global
AMJAD SABRI

AMJAD SABRI

Islamabad: Seorang penyanyi terkenal Pakistan ditembak mati dua lelaki menaiki motosikal di Karachi, dua hari selepas anak seorang hakim terkemuka diculik.

Amjad Sabri, 45, antara penyanyi sufi paling terkenal di Asia Selatan, ditembak dua lelaki itu ketika memandu keretanya di kawasan sesak di Liaquatabad.

Seorang anggota keluarga yang juga berada di dalam kereta itu turut cedera.

Ketua Polis Sindh Allah Dino Khawaja berkata: “Dua penyerang menaiki motosikal itu menyekat keretanya dan menyasarkan Amjad yang memandu.”

Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.

 Pegawai perubatan polis, Rohina Hasan berkata, Amjad meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat tiga tembakan.

Isnin lalu, anak seorang hakim Mahkamah Tinggi yang juga peguam diculik di luar pasar raya di Karachi. Motif kejadian masih tidak diketahui.

Pada Mei lalu, aktivis hak asasi manusia Pakistan, Khurram Zaki yang lantang mengkritik Taliban dan kumpulan radikal Islam ditembak mati.

Pada April tahun lalu pula, aktivits wanita Sabeen Mahmud ditembak mati ketika memandu keretanya. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan