Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyanyi Pop Yeh Yeh M Rahmat Meninggal Akibat Kanser

M Rahmat

SINGAPURA – Penyanyi pop yeh yeh era 1960-an sehingga 1970-an, Ramon Rahmat Mohamed Sudir, meninggal dunia pada malam Selasa selepas Isyak di Hospital Universiti Nasional (NUH) di sini dalam usia 69 tahun, akibat barah prostat.

Anaknya, Elly Ramon, ketika dihubungi stesen penyiaran tempatan, MediaCorp Singapuraberkata, ayahnya atau juga dikenali sebagai M. Rahmat ketika zaman kegemilangannya itu sudah pun tiga tahun menderita penyakit barah tersebut.

Allahyarham Ramon muncul sebagai penyanyi utama kugiran The Teruna, serta popular dengan lagu ‘Gadis Desa’, ‘Manhana’ dan ‘Kasih Tak Berbalas’ sehingga pernah menerima banyak undangan menyanyi di Singapura dan Malaysia.

Ramon merupakan anak sulung daripada 11 orang adik-beradik, juga terkenal dengan panggilan ‘Alan‘ dan ini mungkin disebabkan ketika zaman pop yeh yeh, jambul rambutnya kebetulan menyerupai bintang terkenal Hollywood, Alan Ladd.

Pada tahun 1967, Allahyarham mula menyanyi untuk kugiran The Black Jack – dan gabungan ini digelar Ramon and The Black Jack sebelum dibubarkan pada 1971, lantas Allahyarham berhijrah ke Jakarta, Surabaya, Jepun dan Pakistan.

Meskipun beliau sudah pun pulang ke tanah air pada 1976, Allahyarham antara segelintir penyanyi pop yeh yeh aktif dari Singapura yang berjaya merantau ke luar negara sebagai penghibur Melayu dan malah bertaraf antarabangsa.

Selepas menceburi genre muzik pop yeh yeh, beliau yang sebenarnya berasal dari Malaysia sebelum menetap terus di Singapura; masih lagi meneruskan kerjaya nyanyiannya dengan memperjuangkan pula lagu irama jazz dan blues Melayu.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Rogaiya Mahpol yang meninggal pada 2008 dikurniakan seorang anak perempuan, seorang anak lelaki, seorang cucu dan seorang menantu. Jenazah akan dikebumikan pada pagi Rabu. Al-Fatihah. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan