Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyanyi jalanan Kota Kinabalu mula dapat perhatian

Persembahan Busskar Busker di Lintasan Deasoka, Jalan Gaya.
Persembahan Busskar Busker di Lintasan Deasoka, Jalan Gaya.

KOTA KINABALU – Kemunculan penyanyi jalanan atau  Busker di bandar raya Kota Kinabalu semakin terserlah dengan persembahan secara individu mahupun berkumpulan yang mampu menarik perhatian orang ramai.

Sebagai contoh, Kumpulan Kinabalu Busker dan Loft yang mempertaruhkan genre muzik itu gigih berusaha mendendangkan lagu-lagu di restoran sekitar Kota Kinabalu pada setiap hari Jumaat hingga Ahad, bermula seawal jam 9.30 pagi hingga 12 tengah malam.

Johan Zulkefley, 22, dan Salimar Matsari, 27, menganggap kerjaya busker sebagai memenuhi masa lapang yang terluang.

Menurut Johan, lokasi tetap pula biasanya akan bermula ‘busking’ (persembahan jalanan) di Pantai Tanjung Aru, Teluk Awam Likas, Lintasan Daesoka, setiap Ahad dan juga Pasar Ikan Todak Segama.

“Generasi muda seharusnya mempunyai hobi yang memberi faedah serta manfaat kepada diri sendiri agar tidak terleka dengan gejala sosial,” kata Johan sambil menambah kumpulan itu ditubuhkan sejak 2010 dan mereka bernaung di bawah Pertubuhan Gerakan Kumpulan Industri Kreatif (Seni) Sabah (SCIGM).

Beberapa kumpulan busker yang turut mengadakan persembahan bagi menghiburkan orang ramai.
Beberapa kumpulan busker yang turut mengadakan persembahan bagi menghiburkan orang ramai.

Selain mereka, kumpulan seperti Baraccuda, Busskar, Kinabalu Busker, Borneo Buskers dan Loft turut bernaung di bawah SCIGM.

Dalam pada itu, usaha mempopularkan muzik jalanan ke satu tahap lebih baik turut mendapat perhatian Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman berkata, pelancaran My Buskers Corner di seluruh negara bagi sepanjang tahun 2014 membuktikan sokongan daripada pihak berkuasa t empatan (PBT).

Katanya, Buskers Corner merupakan satu langkah positif yang diambil oleh kementerian bagi menyediakan sudut tertentu di kawasan terpilih khusus untuk pemuzik jalanan membuat persembahan.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan