Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyanyi ‘Geram’ Black Dog Bone Meninggal Dunia

masron-ali-1

SINGAPURA – Masron Ali, salah seorang anggota kugiran legenda Singapura, Black Dog Bone, yang terkenal menerusi lagu ‘Geram’, meninggal dunia awal subuh Ahad pada usia 71 tahun, dan selamat dikebumikan petang semalam.

Allahyarham yang antara pemain trumpet terbaik dalam arena muzik Melayu; dilapor menghembuskan nafas yang terakhir sekitar jam 4.30 pagi di Hospital Besar Changi setelah sebulan dimasukkan ke hospital tersebut, akibat masalah paru-paru.

Stesen penyiaran tempatan MediaCorp Singapura dimaklumkan, jenazah Masron kemudian dibawa pulang ke Blok 611, Choa Chu Kang untuk dikafankan sebelum dikebumikan di Pusara Abadi.

Kali terakhir Allahyarham membuat persembahan di khalayak ramai ialah pada 1 Januari tahun ini di Esplanade, apabila kumpulan Black Dog Bone bergabung dengan kumpulan Gingerbread untuk mengadakan konsert bersama.

Tokoh industri muzik Melayu yang juga Pengurus Besar Life Records Singapura, Osman Ariffin berkata, Allahyarham peniup trumpet yang sangat baik malah boleh menyanyi dan salah seorang daripada tiga penyanyi Black Dog Bone, selain Jatt Ali dan Razzi M.

Menurut beliau lagi, Allahyarham seorang yang begitu berdedikasi dengan muzik, sehinggakan pada hari-hari terakhirnya di hospital, Masron masih lagi hangat bercakap tentang muzik waima terlantar di katil hospital.

Tiga minggu lalu, kumpulan tidak rasmi artis veteran Singapura seperti Jorah Ahmad, Norsiah Hamid dan Osman sendiri, mewakili kempen Kami Peduli, menziarahi Allahyarham serta menyerahkan derma S$500 kepada beliau.

Jorah Ahmad dan Norsiah Hamid menziarahi Masron di Hospital Besar Changi baru-baru ini.

Rakan seperjuangannya dalam Black Dog Bone, Razzi M, dengan sayu menulis dalam Facebook beliau bagi mengenang Allahyarham Masrom: “Walaupun perjuanganmu telah berakhir disini, namun ia telah meninggalkan seribu satu kenangan yang tak dilupakan.

“Jasamu mengharumkan dunia seni serantau, tetap subur di ingatan setiap mengenali dan meminatimu. Tiupan trumpet, gurauan dan tawamu tak mungkin dapat kami nikmatinya lagi. Terima kasih dan selamat jalan sahabat, semoga kau tenang di sana,” tambah Razzi.

Bersama Masron, Black Do Bone pernah merakamkan tujuh buah album lagu manakala antara lagu nyanyian Allahyarham yang menjadi lagu jenaka ikonik ialah Geram.

 Sumber : mynewshub.cc

Komen


Berita Berkaitan