Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyanyi dangdut ditahan jadi pelacur kelas atasan

HESTY
HESTY

Jakarta: Penyanyi dangdut Indonesia, Hesty Aryatura atau dikenali sebagai Hesty ‘Klepek-klepek’ ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran kelas atasan.

Hesty, 21, ditahan bersama seorang lelaki yang dipercayai bapa ayam di sebuah hotel empat bintang di Lampung pada awal pagi semalam.

Jurucakap polis, Sulistyaningsih berkata, Hesty dan lelaki itu dipercayai sedang menunggu pelanggan yang mahu melanggan perkhidmatan penyanyi itu.

“Hesty dijanjikan bayaran sebanyak Rp100 juta (RM 31,261) oleh bapa ayam itu untuk melayan pelanggan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, Hesty yang popular dengan lagu Cintaku Klepek-klepek ditahan untuk soal siasat sebelum dibebaskan.

“Buat masa ini polis menganggap Hesty hanya mangsa bapa ayam berkenaan dan dia bakal dibebaskan selepas keterangannya diambil.

“Lelaki yang dipercayai bapa ayam itu bakal didakwa atas tuduhan memperdagangkan manusia untuk aktiviti pelacuran,” jelasnya.

Menurutnya, polis juga sedang menyiasat sekiranya ada penyanyi atau artis popular lain yang terjebak dengan aktiviti pelacuran berkenaan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan