Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyamun pecah peti besi kebas RM148,000

peti besi

KAJANG: Sebuah pasar raya di bandar ini kerugian RM148,000 selepas peti besi mengandungi wang tunai dipecahkan dua lelaki dalam kejadian awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian antara jam 1 hingga 2 pagi itu, dua suspek memakai penutup muka dan topi memanjat saluran paip sebelum masuk melalui cermin premis.
Difahamkan, suspek turut menggunakan kabel elektrik dari tingkat atas bangunan untuk menggunakan mesin pemotong bagi memecah dinding pejabat operasi yang terletak di tingkat bawah bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, semua peralatan yang digunakan suspek untuk memecah dinding bangunan diambil dari tempat jualan peralatan elektrik pasar raya berkenaan.

“Kejadian disedari pekerja ketika pasar raya dibuka pagi kejadian.

“Siasatan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati dua suspek terbabit berusia 20 hingga 30-an dengan ketinggian antara 160 hingga 165 sentimeter,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian tiada pengawal keselamatan ditempatkan di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, kami menemui dua pasang sarung tangan yang ditinggalkan suspek dan ia akan dihantar untuk menjalani ujian DNA (asid deoksiribonukleik).

“Kami juga sedang menyiasat sekiranya kejadian itu ada membabitkan orang dalam,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK).

Komen


Berita Berkaitan