Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,675

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penyamun Harap Dapat Untung Akhirnya Mendapat Bala Dicekup Polis

10:34am 26/10/2016 Pak Roshan 1303 views Jenayah,Mutakhir
Foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Tawau : Dua lelaki dipercayai terlibat dengan geng samun menggunakan senjata tajam di sebuah hotel tumpas setelah mereka ditangkap sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (CID) dan Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ).

Mangsa seorang lelaki warga tempatan membuat laporan polis setelah beliau disamun di dalam bilik sebuah hotel di Tawau baru-baru ini. Beliau yang terkejut dengan kehadiran dua lelaki asing yang tiba-tiba masuk ke dalam biliknya dan mengambil sejumlah wang tunai dan beberapa barang berharga miliknya. Mangsa kemudiannya ditolak masuk ke dalam tandas oleh suspek sebelum mereka melarikan diri.

Pada jam lebih kurang 4.45 petang 24 Oktober, salah seorang suspek warga asing berumur 24 tahun ditahan di kawasan stesen bas berhadapan bangunan MARA. Identiti suspek dikenali setelah polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam hotel yang memaparkan imej seorang lelaki mencurigakan yang menyerupai suspek.

Suspek yang baru turun dari bas tidak sempat berbuat apa-apa apabila terus dicekup pihak polis.

Susulan penangkapan suspek pertama, pada tengah hari tadi polis berjaya menjejaki suspek kedua seorang lelaki tempatan berumur 27 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Vietnam.

Bagaimanapun pihak polis terpaksa bergelut dengan suspek yang cuba meloloskan diri sebelum berjaya membuat tangkapan. Hasil soal siasat suspek membawa polisnke sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tanjung Batu Tanah Merah. Pemeriksaan lanjut pihak polis menemukan sebuah telefon bimbit dipercayai milik mangsa samun berada di rumah berkenaan.

Suspek yang pertama turut membawa polis ke sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tanjung Batu Tanah Merah bagi mencari barang-barang lain milik mangsa yang ditinggalkan di rumah tersebut.

Kedua-dua suspek bersama barang rampasan di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tempoh 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Hasil semakan rekod jenayah lampau, kedua-dua suspek pernah menjalani hukuman penjara dan salah seorang dari mereka terlibat dengan aktiviti kongsi gelap. Dengan penangkapan suspek, pihak polis percaya dapat menyelesaikan beberapa siri kes samun di kawasan bandar dan kes mencederakan orang.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto : Facebook Polis Daerah Tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan