Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyambungan elektrik haram bawa maut

Samsudin Yahya.
Samsudin Yahya.

SANDAKAN – Pihak berwajib diminta memantau secara agresif pemasangan elektrik secara haram di kawasan perumahan setinggan di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkata, isu tersebut bukan masalah baharu, sebaliknya telah lama berlaku dan memerlukan penyelesaian segera.

“Saya meminta pemantauan sentiasa dilakukan untuk mengelakkan perkara ini tidak berulang. Pihak berwajib mesti bertegas dalam mengambil tindakan menyelesaikan isu ini.

“Jangan sampai ada kes kematian berlaku. Curi elektrik berlaku di mana-mana. Justeru, kita mahu pihak berkaitan agar mengambil tindakan, jangan tunggu sehingga kes ini meragut lebih banyak nyawa,” katanya di sini hari ini.

Semalam, seorang pegawai bomba, mendiang Apolos Jeremos maut terkena renjatan elektrik ketika operasi memadam kebakaran belukar di Taman Kinari Batu 7, Sandakan, melibatkan kawasan belukar seluas kira-kira tiga hektar.

Samsudin menegaskan, sekiranya kegiatan mencuri elektrik tidak dikawal ia boleh mengancam keselamatan penduduk di kawasan perumahan berhampiran.

Menurutnya, amat sukar untuk mengesan kewujudan kabel elektrik dalam semak samun sekali gus menjadi jerangkap maut kepada petugas.

Sehubungan itu, beliau menggesa tindakan segera dari semua pihak yang berkaitan untuk mengambil langkah sewajarnya agar perkara ini tidak berulang, – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan