Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyaluran peruntukkan ikut keutamaan

Ellron bersama dengan pemimpin-pemimpin masyarakat meninjau sekitar Kg. Bonor
Ellron bersama dengan pemimpin-pemimpin masyarakat meninjau sekitar Kg. Bonor
KENINGAU: Rakyat perlu memahami bahawa proses penyaluran peruntukan projek pembangunan kampung adalah mengikut keutamaan.
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin berkata, setiap permohonan projek yang dikemukakan oleh setiap kampung melalui badan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diterima oleh kerajaan dan seterusnya dikemukakan kepada jabatan dan agensi yang berkaitan.
Katanya, setiap permohonan yang diterima oleh jabatan dan agensi yang berkaitan akan diteliti dan dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.
“Setelah penelitian dibuat maka ia akan dilaksanakan mengikuti keutamaan atau keperluan mendesak penduduk kampung berkenaan” katanya semasa berucap merasmikan jambatan gantung Kg. Bonor kira-kira 60 kilometer dari sini baru-baru ini.
Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada masalah yang dialami oleh rakyat di negeri ini terutama penduduk di luar bandar. Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan