Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penyalahgunaan dadah cabaran paling besar belia TN50

TAWAU: Penyalahgunaan dadah di kalangan generasi muda merupakan cabaran yang paling besar masa kini dalam usaha negara Malaysia ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50). Agenda memerangi dadah adalah antara aspirasi TN50.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata ramai golongan generasi muda, belia dan pelajar menggunakan jalan mudah untuk menghilang tekanan /stress dengan mengambil dadah, syabu, pil khayal, ganja dan sebagai untuk menenangkan jiwa kerana tekanan hidup atau keadaan disekiling mereka.

Beliau berkata lebih ditakuti ialah gejala itu mungkin dibawa masuk dengan agenda tersembunyi untuk menghancurkan negara. Masalah sosial boleh diibaratkan sebagai bom jangka yang mana sekiranya langkah pencegahan dan pemulihan tidak dilakukan lebih awal, negara terpaksa menanggung segala kos akibat keruntuhan serius moral serta akhlak masyarakat.

“Sasaran utama untuk menghancurkan negara kita adalah golongan muda dan belia terpelajar yang merupakan aset penting kepada negara kita.

“Sebab itu, kita amat bimbang dengan gejala penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa pada masa kini terutama yang di kampus-kampus yang melibatkan anak-anak terpelajar kita. Jika gejala ini tidak dibanteras, ia akan menghancurkan masa depan anak-anak kita dan masa depan negara kita sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian Program SMART (Sukses, Matang, Aktif, Rasional dan Tanggungjawab) anjuran AADK Tawau dengan eerjasama Pusat e-Desa Tanjung Batu, Tawau.

Tambah Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu, gejala penyalahgunaan dadah berlaku di seluruh negara dan termasuklah Sabah dan daerah Tawau,

“Satu lagi perkara yang membimbangkan kita kurangnya keyakinan diri di kalangan anak-anak muda kita disebabkan tidak fasih atau kurang fasih berbahasa Inggeris dan sebagainya.

“Perkara ini adalah tidak baik untuk negara kita jika mahu mencapai TN50 dan ia perlu diperbaiki bermula dari peringkat sekolah lagi. Ada kerana dijanji wang lumayan membawa barang terlarang ke sesebuah tempat menyebabkan ramai belia ini dijadikan keldai dadah.

“Sebab itu, saya amat menyambut baik program yang dilaksanakan oleh AADK Tawau ini. untuk membina keyakinan dalam diri pelajar dan belia ini mreka. Program SMART ini perlu diperluaskan seluruh Sabah dan setiap sekolah perlu menyertainya” tambah Hamisa.

Menurut beliau, terdapat banyak statistik menunjukkan gejala dadah, jenayah juvana, ponteng sekolah, buli, anak luar nikah, penceraian dan sebagainya. Perlu ada langkah untuk melihat apakah punca masalah-masalah sosial ini serta penyelesaiannya.

Hamisa turut melahirkan kebimbangannya di mana masalah ini semakin susah untuk membendung kerana teknologi dihujung jari. Dahulu memang wujud gejala sosial, tetapi hari ini, gangguan dan juga tekanan serta mungkin umpanan yang datang daripada mereka yang terlibat dalam media sosial ini terhadap belia-belia lain, sangat bahaya.

“Sebab boleh sampai terus kepada telefon mereka. Penjualan dadah melalui WhatsApp atau WeChat. Ini bahaya, sebab yang menjadi sasaran adalah pelajar-pelajar sekolah dan remaja.

“Saya difahamkan, baru-baru ini akhbar tempatan menyiarkan berita, di peringkat sekolah rendah, sudah mula jual gula-gula yang ada sedikit bahan dadah supaya ketagih. Ini melibatkan remaja dan kanak-kanak yang seusia dengan anak saya sendiri.

“Kalau kita tidak serius dalam perkara ini, sampai TN50 mungkin kita ada sebahagian yang berjaya tetapi sebahagian lagi jauh ketinggalan. Kalau tidak ditangani isu ini, anak-anak Melayu…Bumiputera yang paling ke depan dari segi gejala sosial,” jelas beliau.

Hamisa berkata golongan belia yang mengikuti kursus ini adalah sasaran utama AADK untuk menyalurkan maklumat tentang bahayanya najis dadah dalam kehidupan keluarga dan masa depan anak anak mereka kerna dadah adalah musuh No.1 negara.

“Saya berharap ibubapa juga adalah berperanan penting serta bertangungjawab dalam rumah tangga untuk memastikan anak-anak mereka bebas dadah dan tidak terjerumus sebagai penagihan dadah.

Katanya penganjuran program yang menjerumus kearah kebaikan dan tuntutan agama, bukan sahaja membentuk moral yang baik bagi anak anak malah mampu mempengaruhi organisasi, cinta kepada keluarga termasuklah gererasi muda demi kebaikan bersama.

Program ini dianjurkan oleh AADK Tawau kepada para belia belia lepasan sekolah bertujuan memberi pengetahuan dan maklumat terkini tentang bahayanya penyalahgunaan dadah,memberikan cara hidup yang berguna untuk masa depan, memupuk sikap dan amalan yang baik serta mengamalkan gaya hidup sihat, meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap peranan belia dan remaja dlm usaha membenteras penyalagunaan dadah.

Seramai 60 orang peserta sebahagian besarnya terdiri daripada para belia dan lepasan pelajar sekolah mengikuti program ini.

Turut hadir PPM Tanjong Bat .Jummain Sawal, Pengerusi E-Desa Tanjong Batu Darat, Ismail Awang, Pegawai AADK Abdul Ghani Keraput, para pelajar dan belia beliwanis./SayangSabah

Kenangan……Hamisa bergambar kenangan bersama peserta Program SMART (Sukses, Matang, Aktif, Rasional dan Tanggungjawab) anjuran AADK Tawau dengan eerjasama Pusat e-Desa Tanjung Batu, Tawau.

Komen


Berita Berkaitan