Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penuntut kolej ditemui mati di Keningau

studenKENINGAU – Seorang penuntut kolej (gambar) yang sedang menjalani latihan praktikal di pejabat daerah di sini, ditemui mati dengan penuh misteri di dalam sebuah tandas hari ini.

Difahamkan, penuntut perempuan berumur dalam lingkungan 20an itu tiba di pejabat berkenaan kira-kira jam 8.00 pagi hari ini, sebelum mangsa ke tandas setengah jam kemudian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Nyeging Taong berkata, polis sedang menjalankan siasatan terhadap kejadian itu termasuk punca kematian mangsa.

“Beri kami masa untuk menyiasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan