Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penunggang motosikal rempuh tayar lori minyak, diseret kereta maut

LAHAD DATU, 19 Ogos (Bernama) — Penunggang motosikal maut selepas terlanggar tayar lori minyak sebelum diseret sejauh 78 meter oleh sebuah kereta pacuan empat roda Toyota Vigo di Kilometer 30 Jalan Lahad Datu-Sandakan, semalam.

Dalam kejadian 2.10 petang itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamzah Ahmad berkata mangsa Rizal Rudi, 25, yang cedera parah dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Lahad Datu sebelum disahkan meninggal dunia pada 4.15 petang.

“Kemalangan berlaku semasa mangsa dari arah Lahad Datu ke Jalan Sandakan, dan apabila sampai di kawasan kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan sebelum memasuki lorong bertentangan.

“Lori minyak yang berada di lorong bertentangan itu cuba mengelak ke kiri jalan tetapi mangsa merempuh tayar lori itu dan menyebabkannya tercampak ke jalan raya sebelum Toyota Vigo di belakang lori itu menyeret mangsa bersama motosikalnya sejauh 78 meter,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berdasarkan siasatan awal, Hamzah berkata kemalangan berpunca daripada mangsa yang dipercayai menunggang laju di kawasan selekoh.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan