Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penunggang motosikal rempuh pelajar ditahan

Pelajar perempuan dirempuh sebuah motosikal dalam kejadian langgar lari di Jalan Kolam, Kota Kinabalu, Sabah, petang semalam.
Pelajar perempuan dirempuh sebuah motosikal dalam kejadian langgar lari di Jalan Kolam, Kota Kinabalu, Sabah, petang semalam.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan di sini, pagi ini bagi membantu siasatan kes langgar lari di Jalan Kolam dekat Luyang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5.55 petang itu, penunggang motosikal terbabit melanggar isyarat lampu merah sebelum merempuh seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun yang melintas jalan, menyebabkan mangsa tercampak.

Kejadian dirakamkan menerusi kamera dari sebuah kenderaan yang berhenti di lampu isyarat terbabit sebelum tersebar luas di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata penunggang motosikal itu yang bekerja di sebuah restoran di sini, ditahan jam 8 pagi tadi ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan di sini, sebentar tadi. Difahamkan akibat rempuhan itu, pelajar terbabit cedera di kepala, tangan dan kaki.

Chandra berkata, penunggang motosikal itu mendakwa bergegas ke tempat kerja di sebuah restoran di Karamunsing kerana syif bermula jam 6 petang. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan