Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penunggang motosikal maut

7:33pm 19/11/2015 Leolerry Lajius 1169 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal maut di tempat kejadian apabila motorsikal yang dipandu mangsa terbabit dalam satu kemalangan di jalan kolam pagi tadi.

Mangsa Nelson N Mohinggil, 22 tahun dari Kampung Tibabar Ulu Bongawan   maut di tempat kejadian apabila motosikal jenis Honda EX5 yang dipandu mangsa terbabas lalu melanggar besi penghadang di tepi jalan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra,siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan ini berlaku ketika motorsikal yang ditunggang oleh mangsa dari arah Foh Sang menghala ke pusat bandar hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang jalan.

“Mangsa juga disyaki mabuk ketika memandu dan Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk dibedah siasat.-Oleh Leolerry Lajius/Sayangsabah

Keadaan mangsa ketika kejadian tersebut

Keadaan mangsa ketika kejadian tersebut

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan