Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penunggang motosikal maut rempuh lori

8:05pm 26/12/2015 Leolerry Lajius 1378 views Tempatan

IMG-20151226-WA0009
KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 57 tahun maut dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah lori jenis Daihatsu Delta dengan sebuah motorsikal jenis Modenas Kriss di Kilometer 11 Jalan Tuaran by pass petang tadi.

Mangsa Zaini Bin Abdul Jalal, maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepala akibat tercampak ke badan lori tersebut dan terjatuh di atas jalan.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, kejadian berlaku ketika lori dipandu dari Kingfisher menghala ke Penampang dan apabila sampai di tempat kejadian lori tersebut telah membuat pusingan U. Tiba-tiba sebuah motorsikal yang ditunggang dari arah Tuaran menghala ke Kota Kinabalu di jalan lurus dan telah melanggar tepat rusuk lori sebelah kiri. Akibatnya penunggang motorsikal telah tercampak ke badan lori tersebut dan jatuh di atas jalan.

“Siasatan awal mendapati kejadian ini adalah berpunca daripada kecuaian pemandu lori tersebut kerana tidak memberi laluan pada kenderaan yang berada di jalan utama,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk dibedah siasat. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan