Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penunggang Motosikal Maut Langgar Tembok Pembahagi Jalan

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

SANDAKAN : Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera parah apabila motosikal dinaiki mereka melanggar tembok pembahagi jalan di Jalan Buli Sim Sim di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata dalam kejadian kira-kira 6.45 petang itu, Mohammad Syafiq Dzulkarnain, 18, mengalami cedera parah di kepala dan mati di tempat kejadian.

Katanya pembonceng motosikal dikenali sebagai Mohamad Azlan, 26, cedera parah di kepala dan masih menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Duchess of Kent di sini.

“Siasatan awal mendapati motosikal dinaiki kedua-dua mangsa itu dari arah Sim Sim menuju ke Bandar Sandakan, telah hilang kawalan lalu merempuh tembok pembahagi jalan di laluan berselekoh dan menuruni bukit,” katanya di sini, hari ini.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan