Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penunggang Motosikal Maut Langgar Kereta

gambar hiasan
gambar hiasan

KOTA KINABALU : Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah kereta sebelum tercampak ke atas jalan raya di Jalan UMS semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, Jerry Jainal, 29, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala pemandu dan dua penumpang kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Bandaraya ACP M Chandra berkata mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu ke Indah Permai, apabila tiba di lokasi kejadian, motosikalnya melanggar bahagian kiri kereta berkenaan yang sedang membuat pusingan U.

“Siasatan awal mendapati kemalangan ini disebabkan oleh kecuaian pemandu kereta yang tidak memberi laluan kepada motosikal yang berada di jalan lurus,” kata Chandra dalam kenyataan di sini Khamis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan