Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penunggang Motosikal Maut Langgar Kenderaan Pacuan Empat Roda

9:03pm 30/05/2016 Pak Roshan 520 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU : Seorang penunggang motosikal terkorban selepas melanggar bahagian belakang kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 16 Jalan Apas di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian kira-kira 4.10 petang itu, mangsa Mohammad Khairol Joharie Otoh Sibik, 30, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Rakan mangsa memberitahu ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Sandakan ke Tawau.

“Semasa mangsa berada di laluan kanan, tiba-tiba kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota yang tidak diketahui nombor pendaftarannya, yang berada di lorong kiri telah mengubah haluan ke kanan,” katanya dalam kenyataan di sini hari Isnin.

Fadil berkata mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar belakang kenderaan tersebut dan tercampak daripada motosikalnya.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Tawau oleh orang awam tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan