Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penunggang Motosikal Maut Kemalangan Libatkan Tiga Kenderaan Di Tawau

2:54pm 23/03/2016 Pak Roshan 398 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU : Seorang lelaki berusia 48 tahun maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Sin San Kampung Pasir Putih, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata mangsa yang maut dalam kemalangan kira-kira pukul 9.30 malam itu adalah penunggang motosikal, dikenali sebagai Asnur Arshad.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Toyota Avanza yang datang dari arah Kampung Pasir Putih ke arah Jalan Utara memberhentikan kenderaan untuk memberi laluan kepada sebuah motosikal lain yang mahu membelok ke kanan.

“Secara tiba-tiba mangsa telah melanggar bahagian sisi kanan kereta Toyota Avanza tersebut, sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan dilanggar sebuah kereta pacuan empat roda,” katanya.

Fadil berkata akibat dari kemalangan itu mangsa berkenaan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Besar Tawau, sebelum disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan kecemasan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan