Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DI TAMAN SEMARAK, JALAN KUHARA TAWAU

Motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dalam kemalangan di Taman Semarak, Jalan Kuhara Tawau. – Gambar SNT / Ehsan IPD Tawau

TAWAU: Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan jalan raya di Taman Semarak, Jalan Kuhara di sini.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi tadi, mangsa dikatakan gagal mengelak sebuah Land Cruiser yang memasuki simpang di kawasan itu sehingga menyebabkan berlaku perlanggaran di antara motosikal mangsa dan kenderaan tersebut.

Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, mangsa dikenali sebagai Mohammad Azhar Ahad, 26, yang cedera parah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Tawau.

Keadaan kenderaan Land Cruiser yang remuk dibahagian tepi sebelah kiri selepas kemalangan. Gambar SNT/Ehsan IPD Tawau

“Sementara itu, suspek yang juga seorang guru di sebuah sekolah di Kampung Indah Bombalai tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut.

“Siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Land Curiser itu ketika dia memasuki simpang di Jalan Kuhara.

“Tindakan suspek yang tidak berhemah semasa memandu itu mengakibatkan penunggang motosikal yang berada di jalan lurus tidak dapat mengelak lalu terlanggar bahagian belakang kenderaannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Fadil berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan