Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DI JALAN BEAUFORT-MENUMBOK

Motosikal yang tunggangi mangsa selepas terbabas sendiri di KM 5.5 Jalan Beaufort-Menumbok, pagi tadi. Gambar SNT/Ehsan IPD Beaufort

BEAUFORT: Seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya di kilometer 5.5 Jalan Beaufort-Menumbok, pagi tadi.

Mangsa, Mohd Sari Madin, 45, berasal dari Kampung Kabidang di sini cedera parah dibahagian kepala dan dalaman badan dikejarkan ke Hospital Beaufort untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superitendan Azmir Abdul Razak berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital semasa menerima rawatan.

Mangsa, Mohd Sari Madin. Gambar SNT/Ehsan IPD Beaufort

“Hasil siasatan mendapati, ketika mangsa tiba di satu selekoh tajam, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal jenis Honda Wave lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum masuk ke dalam parit dan melanggar kabel pengikat tiang elektrik.

“Tiada unsur-unsur jenayah dalam kemalangan ini namun pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan