Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,811

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan

5:36pm 11/11/2015 Ann Vivien 582 views Jenayah,Tempatan

 

crash-graphic

TAWAU: Seorang pemuda maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di simpang masuk Taman Mandarin, Jalan Kuhara kira-kira pukul 9 malam tadi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Mustaffa Maarof Mustaffa, mangsa dikenal-pasti sebagai Mohd Azlan Mohd Sinal, 20, yang berasal dari Kg Hidayat, Batu 4 Jalan Apas.

Katanya, kemalangan tersebut melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah jip Ford Ranger dipandu seorang lelaki, 50, dan dua buah motosikal yang salah satunya ditunggang mangsa maut.

Ketika kejadian, pemandu jip tersebut sedang dalam perjalanan ke Taman Mandarin dari Sin Onn untuk menghadiri upacara sembahyang, manakala, kedua-dua motosikal sedang dalam perjalanan dari Batu 4 menuju ke bandar.

Mustaffa berkata, kes tersebut kini dalam siasatan di bawahSeksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan