Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penunggang Motosikal Maut Bertembung Lori Di Labuan

7:05pm 11/03/2016 Pak Roshan 45 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan
gambar hiasan

gambar hiasan

LABUAN : Seorang lelaki maut apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah lori di atas jambatan di Jalan Kinabenua pagi ini.

Ketua Polis Labuan, Supt Adzhar Othman berkata kejadian berlaku kira-kira 8.20 pagi ketika Malwi Razalan, 24, dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja apabila motosikalnya hilang kawasan sebelum bertembung dengan lori yang datang dari laluan bertentangan.

“Mangsa ditemui terbaring di atas jalan dan motosikalnya berada di hadapan tayar lori,” katanya.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Labuan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan