Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penunggang motorsikal maut dirempuh kereta Alza

8:23pm 24/01/2016 Leolerry Lajius 103 views Jenayah,Tempatan

pdrm

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motorsikal maut dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah motorsikal jenis Yamaha dan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang berlaku di lampu isyarat Tanjung Aru pagi tadi.

Mangsa Mohd Ashadi bin Abd Karim, 32, maut di tempat kejadian selepas dirempuh kenderaan Alza yang menyebabkan mangsa tercampak ke atas permukaan jalan.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, kemalangan ini berlaku ketika motorsikal ditunggang oleh mangsa dari arah Bulatan Sembulan menghala ke Pusat Bandar Kota Kinabalu melalui Jalan Mat Salleh.

Apabila sampai di Lampu Isyarat Tanjung Aru mangsa  meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat berwarna hijau. Tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang pemandunya disyaki mabuk dari arah Tanjung Aru telah merempuh motorsikal tersebut dan kemudian terus meninggalkan tempat kejadian menghala ke Bulatan Sembulan.

“Akibat daripada kejadian itu, penunggang motorsikal tersebut tercampak ke atas permukaan jalan dan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian. Mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat,” katanya.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan