Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penunggang motorsikal maut dalam kemalangan

IMG-20160709-WA0000

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motorsikal maut selepas terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah Toyota Vios dan sebuah motorsikal jenis Honda di Jalan Tuaran berdekatan dengan Kampung Rampaian, semalam.

Mangsa Herwan Bin Jaip, 25, maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu motokar jenis Vios yang dalam perjalanan dari arah Telipok menuju ke One Borneo dan apabila sampai di pusingan U berdekatan dengan Kampung Rampaian, tiba-tiba kenderaan Toyota Vios berkenaan telah di langgar sebuah motorsikal yang ditunggang oleh mangsa di sebelah kiri pintu hadapan menyebabkan mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

“Pembonceng motorsikal hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan telah di bawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 oleh Ambulan, manakala Pemandu motokar tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya.

Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan ini adalah disebabkan oleh kecuaian Pemandu Toyota Vios kerana keluar pusingan U dengan tidak memberi peluang Kepada kenderaan lain di jalan utama hingga menyebabkan kemalangan maut.

Kes disiasat di bawah 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Komen


Berita Berkaitan