Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penunggang Maut, Motosikal Bertembung Lori Di Tawau

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

TAWAU : Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan lori di persimpangan Batu 5, Jalan Apas, di sini Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata mangsa, Danilo Arcules, 24, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Beliau berkata siasatan awal mendapati dalam kejadian yang berlaku pukul 1.45 petang itu, lori yang membawa muatan batu-bata tersebut datang dari sebuah kilang di Batu 5 menuju ke rumahnya di Jalan Air Panas.

“Apabila sampai di tempat kejadian, lori berkenaan membuat pusingan U secara tiba-tiba ke laluan motosikal tersebut menyebabkan pertembungan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan Sabtu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan