Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

PENUNGGANG CEDERA PARAH, KEMALANGAN LIBATKAN DUA MOTOSIKAL

Pasukan Bomba dan EMRS membantu mangsa yang mengalami cedera parah dalam insiden berkenaan. -Gambar SNT/Ehsan Bomba

KOTA KINABALU: Seorang cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan dalam satu kemalangan melibatkan dua buah motosikal jenis jenis Yamaha Lagenda dan Honda.

Pegawai Kanan Bomba 2 Ngo Anak Avan berkata, kemalangan berkenaan berlaku hadapan University Apartment 1 Jalan Sulaman hari ini.

Katanya, kedua-dua penunggang motosikal yang mengalami kecederaan itu diberikan rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

 

Tambahnya, mangsa yang cedera parah, 26, dihantar ke hospital Likas menggunakan EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, berikutan insiden berkenaan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu menerima panggilan kecemasan tersebut pada jam 6.32 petang dan menggegaskan 11 orang anggota bersamanya ke lokasi kejadian.

Operasi ditamatkan pada jam 7.08 malam. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan