Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penumpang Pesawat Dakwa Dapat Nasi Lemak ‘Berlauk’ Cicak

10293645_10155146835894572_453552260242947542_o

Selangor, 6 Apr : Seorang penumpang pesawat penerbangan mendakwa menemui seekor cicak ketika dia sedang menikmati makanan itu.

Menurut salinan laporan polis yang dibuat oleh penumpang terbabit, dalam kejadian 27 Mac itu, dia menaiki pesawat untuk ke Kuching dan telah membuat pesanan makanan dengan menu nasi lemak.

Semasa saya sedang makan, saya terjumpa seekor cicak di dalam makanan saya. Saya telah memaklumkan kepada pramugara dan dia meminta bekas makanan saya untuk ditukar yang lain.

Tetapi saya tidak mahu bagi. Setelah saya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching saya terus ke balai polis buat laporan,” katanya.

Laporan polis itu serta gambar telah dimuat naik di media sosial.

Menurut penumpang warganegara Pakistan itu juga, dia membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan dirinya.

-SiakapKeli

Komen


Berita Berkaitan