Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penumpang Meninggal Ketika Dalam Penerbangan

KUCHING – Seorang penumpang pesawat Malindo yang sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kuching meninggal dunia pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supt. Abang Junaidi Abang Anuar berkata mangsa, Wong Ho Huah, 46, dari Sri Aman yang juga penghidap kanser darah disahkan meninggal dunia kira-kira 11.10 pagi oleh penyelia penerbangan tersebut.

Beliau berkata sepanjang penerbangan itu Ho Huah ditemani abangnya yang duduk bersebelahan dengannya dalam pesawat itu.

“Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada kira-kira 12.03 tengah hari sebaik pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Maong menuju ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kematian mangsa adalah disebabkan kanser darah yang dialaminya sejak lebih kurang dua tahun lepas. Kejadian juga tiada melibatkan unsur jenayah dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat. – BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan