Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penumpang Malaysia Dalam QZ8501 Adalah Suami Pensyarah UiTM

aa

Hari ini (Isnin), wakil dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak membuat pengesahan bahawa penumpang tunggal yang menaiki pesawat Air Asia QZ8501 yang dilaporkan hilang merupakan suami kepada pensyarah institusi tersebut dari cawangan Sarawak.

Sii Chung Huei, satu-satunya penumpang dari Malaysia yang berada dalam pesawat tersebut adalah suami kepada Profesor Madya Annie Wong Muk Ngiik.

Dalam satu kenyataannya di Kucing, rektor UiTM Sarawak, Prof Datuk Dr Jamil Hamali berkata, Annie Wong merupakan penyarah kanan di Fakulti Perniagaan dan Pengurusan.

Rector-of-UiTM-Sarawak-Open-House-1

Saya percaya, kerajaan Indonesia sedang melakukan bantuan yang terbaik dengan bantuan daripada Malaysia dan negara jiran lain dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR). 

Semoga pasukan SAR membawa berita gembira kepada kita.”

Beliau turut melahirkan rasa simpatinya terhadap keluarga pensyarah berkenaan, juga seluruh keluarga dan sahabat handai para penumpang pesawat dan anak kapal terbang malang tersebut.

Doa dan harapan kami mengiringi semua penumpang dan anak kapal. Semoga mereka semua segera kembali dengan selamat.” – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan