Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penumpang kenderaan dibenar rakam gambar pesalah jalan raya

12:47pm 29/06/2016 Pak Roshan 815 views Mutakhir,Nasional
PEMANDU kenderaan sendiri tidak dibenarkan merakam gambar pemandu lain yang melakukan kesalahan. - Foto hiasan

PEMANDU kenderaan sendiri tidak dibenarkan merakam gambar pemandu lain yang melakukan kesalahan. – Foto hiasan

MELAKA: Hanya penumpang kenderaan dibenar merakam gambar jika mendapati pemandu kenderaan lain melanggar peraturan jalan raya bagi membantu pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan ketika musim perayaan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Mohd Fadhil Hassan, berkata menjadi kesalahan apabila pemandu merakam gambar pemandu kenderaan lain yang melanggar pelbagai peraturan jalan raya, malah ia boleh dikenakan denda.

“Jika ternampak pemandu buat kesalahan di jalan raya seperti menggunakan lorong kecemasan, tidak memakai topi keledar, memotong barisan dan langgar lampu merah, kita boleh meminta penumpang sebelah atau yang berada di dalam kenderaan mengambil gambar.

“Rakaman gambar itu pula boleh dihantar berserta maklumat seperti lokasi, tarikh, masa dan nombor pendaftaran kenderaan ke laman web rasmi kita di www.jpj.gov.my.

Jadi, ini bermakna pemandu kenderaan sendiri tidak dibenarkan merakam gambar pemandu lain yang melakukan kesalahan itu,” katanya pada program konvoi Jelajah Sahur JPJ yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Sazali Muhd Din ke beberapa rumah golongan memerlukan sekitar Paya Rumput, di sini, bermula jam 11 malam hingga jam 3 pagi tadi.

Mohd Fadhil berkata, operasi penguatkuasaan pada musim perayaan kali ini lebih tertumpu kepada pemeriksaan bas di hentian terminal tertentu berikutan ramai menggunakan pengangkutan awam itu untuk pulang ke kampung masing-masing.

“Selain itu, anggota Skuad Muda 1JPJ turut ditempatkan di kawasan rehat dan rawat (RnR) bagi membantu menjalankan kempen penguatkuasaan ketika musim perayaan,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan