Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penumpang bot pete-pete ditahan guna Mykad orang lain

Marine Police
Marine Police

TAWAU: Seorang penumpang bot pete-pete’ berusia 27 tahun, ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di sini pada Jumaat lalu di kawasan Batu-Batu, Sabindo setelah didapati menggunakan Mykad orang lain.

Komander PPM Sabah, ACP Mohamad Madun dalam kenyataan media di sini hari ini, berkata, lelaki tersebut diperiksa kerana berkelakuan mencurigakan sebelum menunjukkan sekeping Mykad kepada anggota PPM semasa pemeriksaan dijalankan.

“Suspek ditahan lanjut kerana gambar yang tertera pada Mykad tidak sama dengan lelaki tersebut. Dokumen itu tertulis alamat di Kampung Simunul, Semporna,” katanya yang menambah, tangkapan dilakukan semasa tugas Op Landai di Laut Sabindo.

Menurutnya, suspek berkenaan kemudiannya mengaku nama sebenarnya (bukan seperti di dalam Mykad) dan berasal daripada Sulawesi Selatan, Indonesia.

Kes itu, katanya, dirujuk ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk siasatan mengikut Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan