Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Penumpang ambulan maut dalam kemalangan

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

SANDAKAN- Seorang penumpang ambulan meninggal dunia selepas van ambulan dinaiki berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua Viva di Batu 10, Jalan Labuk di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Md Zain berkata, mangsa dikenali sebagai Awang Ali Amat, 65, yang disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang ketika dalam rawatan di bilik kecemasan akibat kecederaan di kepala.

Laporan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 10.45 pagi apabila van ambulan dan Perodua Viva itu menukar laluan pada masa yang sama. Van ambulan kemudian hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tebing sebelum terbalik.

Difahamkan, ambulan itu dari Hospital Duchess of Kent Sandakan menuju ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu bagi menghantar mangsa yang menghidap sakit jantung, turut cedera parah ialah seorang doktor wanita, manakala dua lagi penumpang serta seorang pemandu van ambulan dilaporkan stabil.

Pasukan bantuan termasuk anggota Polis, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam serta kakitangan hospital. Kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Oleh AA / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan