Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penulis tempatan lancar buku pengurusan wang khusus untuk kanak- kanak

7:47pm 17/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 42 views Pendidikan,Tempatan
Liv (kiri) dan Emily (kanan) semasa pelancaran buku pengurusan wang kanak-kanak

Liv (kiri) dan Emily (kanan) semasa pelancaran buku pengurusan wang kanak-kanak

KOTA KINABALU- Seorang penulis tempatan, Liv Sarah Thun telah melancarkan dua buah buku kanak-kanak yang bertemakan “Money Management for Juniors” di sebuah majlis ramah mesra yang dianjurkan oleh Kedai buku Times, Pusat Beli Belah Suria Sabah, di sini, hari ini.

Kedua-dua buah buku yang bertajuk “What is Money?”, dan “Do Good with Money” dihasilkan bagi bantu kanak-kanak yang berumur 4 hingga 8 tahun untuk menerokai dan memahami konsep wang.

Disamping itu, kartunis buku tersebut, Emily Wong berkata bahawa isi kandungan buku itu senang untuk difahami oleh kanak-kanak kerana ia disertakan dengan lukisan yang ringkas.

Program ramah mesra tersebut dimulakan dengan sesi perkongsian daripada kedua-dua penulis dan kartunis dalam menghasilkan kedua-dua buku tersebut.

Ibu- bapa yang berminat untuk mendapatkan kedua-dua buku tersebut boleh datang ke kedai buku Times dan kedai-kedai buku berdekatan. Kedua-dua buku tersebut boleh didapati dengan harga RM 20.79. – Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Sesi menandatangani buku oleh Emily dan Liv

Sesi menandatangani buku oleh Emily dan Liv

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan