Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Penulis KDM sumbang laptop, buku kepada Rozelin Vitalis

10:35pm 13/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 435 views Tempatan
Rozelin (ketiga kiri) menerima laptop disampaikan Sofie dan Kathirina (kedua kiri).

Rozelin (ketiga kiri) menerima laptop disampaikan Sofie dan Kathirina (kedua kiri).

KENINGAU- Persatuan Penulis Kadazandusun Murut (KDM) berjaya mengumpul dana bagi menyumbangkan sebuah laptop dan bahan-bahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kepada salah seorang ahlinya, Rozelin Vitalis.

Terdahulu, Rozelin pernah memenangi Hadiah Sastera Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan karya-karyanya dalam bentuk puisi dan cerpen selalu tersiar di akhbar-akhbar tempatan.

Setiausaha Agung Penulis KDM atau Monunurat Momogun Malaysia (Momogunsia), Kathirina Tati Sitaim berkata pihaknya telah mengemukakan usulan kepada ahli-ahli badan itu untuk mengumpul dana kira-kira dua minggu lalu.

“Terus terang saya rasa terharu kerana usulan mengumpul dana mendapat reaksi serta-merta dan hasilnya kemudahan menulis dalam bentuk laptop dan buku-buku bacaan dapat dibeli,” kata Kathirina.

Kathirina diiringi Bendahari Agung Momogunsia, Sofie Clara berangkat seawal pagi Jumaat ke Keningau untuk menemui Rozelin di rumah mereka di Kg Merapok, Bingkor dan hanya balik ke ibu negeri pagi Sabtu.

Karya-karya Rozelin akhir-akhir ini kian kental dengan pewarnaan etnik Sabah sesuai dengan visi dan misi Momogunsia mengangkat citra etnik Sabah dalam karya kreatif dan mengarusperdanakan karya berunsur etnik di peringkat kebangsaan.

Rozelin yang diiringi ibu dan ahli-ahli keluarga ketika menerima sumbangan itu merasa haru dan bertekad meningkatkan produktiviti penulisan.- SayangSabah

Kathrina (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Rozelin yang disertai ibunya.

Kathrina (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Rozelin yang disertai ibunya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan